Monday 5 December 2011

Singgahsana sementara..

Seringkali menjadi igauan setiap manusia untuk mempunyai hati yang tenang dan bahagia.. Disini ana akhi akan coretkan sedikit sebanyak ketenangan dan kebahagiaan hati yang  membuatkan sesiapa yang mendalami dari hati nuraninya sendiri akan merasai nikmat yang tidak terkata didalam setiap sudut kalbunya.. dibawah ini adalah jawapannya!

Sebenarnya segala kebahagiaan dan ketenangan hati yang kita impikan selama ini hanyalah ada pada perkataan CINTA.. Mungkin ramai yang pelik kenapa ana kata sedemikian. Sebelum saya mengupas dengan lebih lanjut, jangan salah faham tentang CINTA yang ana sebutkan ini. Ramai yang mengenali apa itu tetapi hakikatnya, semuanya digadai dijalan yang tidak benar. Seharusnya CINTA sebenar diserahkan kepada Pencipta CINTA itu sendiri kerana sesungguhnya Dia lah yang layak memiliki Cinta kita..

Saturday 8 October 2011

salam ukhwah.


assalam...

CORETAN HIDUP BERGELAR HAMBA ALLAH SWT….
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi kerana telah menganugerahkan kesihatan tubuh badan,fizikal dan rohani kepada hambaNya untuk terus melaksanakan tuntutanNya di muka bumi yang penuh cabaran dan pancaroba ini..Pohonan ‘nur Hidayah’ yang dipinta oleh hamba yang mengabdikan diri kepada pencipta terus bertebaran bagaikan kabus pagi yang nyaman..Kepada kekasihNya yang mulia dan disanjung,Nabi Muhammad SAW,juga kepada para sahabat,shahitul solih dan para anbiya’ yang telah banyak mengagungkan kalimah Allah SWT dan kesucian Islam di muka bumi ciptaan Yang Maha Kuasa ini..
 Sebermulanya 28/12/10,
Hujan renyai-renyai yang penuh barakoh dan rahmat turun membasahi bumi ciptaan Yang Maha Esa.Menyajukan suasana yang sejuk dan damai yang membuatkan hati setiap hamba Allah yang beriman merasai Kekuasaan dan Keagungannya..Keindahannya bak kejernihan wajah Rasullullah SAW sewaktu memaafkan umatnya yang melakukan kemungkaran di bumi Allah ini. Kasih terhadap umatnya sungguh tidak terkata dek hati,kasih melebihi kasih kepada dirinya sendiri.SUBHANALLAH. Hamba (ihsan)  sebagai umatnya dan lebih besar lagi sebagai hamba Yang Maha Kaya diciptakan untuk mengabdikan diri kepadaNya, merasa kerdil diri tatkala melihat keindahan alam ciptaanNya ini…Pernahkah kita bertanya kepada diri kita,kenapa diciptakan segala keindahan alam ini? Tidak lain tidak bukan untuk terus bersyukur dan bersujud kepada Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dialah sebaik-baik Tuhan yang mempunyai nama-nama asma ul husna yang agung dan indah. Tuhan yang satu tiada dua bagiNya bertepatan dengan firmanNya: “Sekiranya di muka bumi dan di langit terdapat tuhan selain Allah,nescaya kedua-duanya akan menjadi rosak” (Al-Anbiya’: 22).Bukti dari ayat suci Al-Quran nur Karim yang menunjukkan bahawa Allah tuhan yang satu dan tiada tuhan selain Dia.
       Arakian,terlalu banyak dosa dan kemungkaran yang telah dilakukan oleh hambaNya di muka bumi bak air yang mengalir ke lembah kehinaan. Hamba sebagai abdullah merasai diri berada dalam penuh kejahilan tatkala memikirkan setiap dosa-dosa terhadapNya,tetapi ana yakin yang Tuhan menganugerahkan keampunan kepada hambaNya yang merendah diri memohon dan meminta padaNya.Ya Allah ampunilah dosa-dosa hamba sesungguhnya diri ini banyak dosa padaMu, hamba mengharapkan keredhaanMu ya Fattah ya Alim. Kurniakan pada hamba cahaya hidayahMu agar diri hamba dibondong ke jalan yang benar yang dirahmati lagi diberkati olehMu….

                                                                                                ( hamba Allah yang kerdil )    

"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang terselamat daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)